Alumni India: Syamsuddin al-Sumaterani

BeritaDEKHO - Syamsuddin al-Sumaterani ialah seorang ulama, penulis dan ahli tasawuf Indonesia. Nama sebenarnya ialah Syeikh Syamsuddin bin Abdullah as-Sumaterani. Beliau juga dikenali sebagai Syamsuddin Pasai (baca). Menurut para sejarawan, penisbahan namanya dengan sebutan Sumaterani ataupun Pasai menjelaskan adanya dua kemungkinan. Kemungkinan pertama, orang tuanya adalah orang Pasai (Sumatera).

Dengan demikian maka dapat dikatakan bahawa beliau dilahirkan dan dibesarkan di Pasai. Kemungkinan yang kedua pula ialah ulama terkemuka pada zamannya ini telah lama bermukim di Pasai. Beliau ialah pengikut mazhab Shafie dan membawa ajaran tasawuf Hamzah Fansuri (baca).

Shamsuddin juga tergolong sebagai ahli sufi yang mengamalkan ajaran Wahdatul Wujud atau Wahdat-al-Wujud. Meskipun Syamsuddin lebih dikenali berbanding daripada gurunya, tetapi tarikh lahir dan pendidikan awalnya masih tidak jelas. Menurut Ahmad Jelani Halimi (2008), dalam sebuah tulisan, Syamsuddin menyebut nama seorang syeikh iaitu Muhammad bin Fadl Allah dari Burhanapur. Oleh itu, banyak yang menyebut bahwa Syamsuddin pernah menuntut ilmu di India.

Sebagai seorang ulama, Syamsuddin mendapat tempat yang istimewa dalam kerajaan Aceh DarulSallam semenjak pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah al-Mukammil (1588/9-1640 Masihi) sehingga ke zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636 Masihi). Dia bertugas di Istana Aceh selama lebih kurang 35 tahun. Di samping itu, dia dilantik sebagai ketua ulama seluruh Aceh. Menurut catatan Frederick de Hotman dalam bukunya Cort Verhael vant Wederratens is Fredeick de Hontman, tot Atchein (1603), Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani ialah penasihat agung diraja. A. Hasjmy mengatakan bahawa Shamsuddin telah diangkat menjadi Kadhi Malik al-Adil kerajaan Acheh pada masa itu.  (sumber/adm)

Lihat info alumni India lainnya di sini
Share on Google Plus

About Admin2

Berita Dekho (www.beritadekho.com) merupakan media nasional yang pada awalnya didirikan untuk mempromosikan potensi alumni Indonesia yang pernah kuliah dan menimba ilmu di India dan negara-negara Asia Selatan. Lihat info selanjutnya di sini

0 comments:

Post a comment

loading...